Ada orang pernah bagitahu aku, kita kena jadi flexible, which is dapat sesuaikan diri dengan apa-apa keadaan & situasi sekalipun. Kalau kita nak adapt dengan sesuatu persekitaran, kita kena pandai-pandai menyesuaikan diri. Sebab kita tak boleh nak ubah persekitaran yang memang dah tak boleh nak ubah. Contohnya, kalau kita pergi pasar, mestilah pasar tu bau busuk tahap karma kan? Kalau orang yang 1st time pergi tu, memang sah-sahlah takkan dapat nak tahan. Dah tu, takkan la pulak dia nak pergi sembur satu pasar tu dengan ambi pur? Tipu la. Memandangkan dia kena pergi pasar hari-hari, so, dia wajiblah membiasakan diri dengan persekitaran tu,betul tak? Jadi, next next next time pergi pasar, dah biasa dengan bau tu. Rileks je. Boleh siap ambik angin lagi tu.
Tapi, yang aku nak cerita ni, lain skit. Agak susah untuk menjadi flexible, when it comes to the human behaviour. Human kat sini means orang yang ada dekat sekeliling kita. Ya Allah. Betapa memerlukan kesabaran yang tinggi. Kang silap hari bulan, ada jugak yang terputus silaturrahim. Nauzubillahi min zalik. Yela, kat dunia ni kan ada macam-macam jenis manusia, & kita communicate dengan berpuluh ribu jenis manusia yang pelbagai ragam. Kita yang sorang ni, mana boleh sesuka hati nak ubah perangai semua orang tu? Atau bila dah tahu perangai dia macam mana, terus taknak kawan. Macam tu ke? Aku tak dapat nak bagi contoh, sebab aku pun tak reti nak bagi contoh yang macam mana. Maybe korang pernah rasa this kind of feeling, easily getting annoyed by some of the innocent people. Orang tu tak bersalah pun, sebab kadang-kadang kita yang salah tafsir.
Flexible. Flexible.
Sabar. Sabar.
Faham. Faham.
...Tutorial. Tutorial =.=
Mata aku dah hampir-hampir persis panda. Kesian mata. Terpaksa menahan ngantuk, semata-mata nak selesaikan semua kerja. Kat asasi ni setahun je. So, sacrifice is totally needed. Always. Kan? Eheh. Bukan dalam hal ni je, semua aspek kena gak. Dah pukul 2.55 pagi. Assignment jati diri belum siap. Fuh. Nampak gayanye, kena la stay up sampai sahur. Mentang-mentang esok sabtu. hehe. Go wawa go!
Till then, salam :)
kool
ReplyDelete