assalamualaikum.
post aku kali ni mungkin takde kaitan dengan hamster. jadi, sesapa yg mencemburui kemesraan aku dengan hamster, boleh la puas hati bila kau baca post ni. dan, saiz font aku pon berbeza. lagi besar dari dulu. saje nak buat kelainan. khas untuk post ni.
lihatlah tajuk di atas, yakni penyesalan. memang. aku agak menyesal bila fikirkan balik apa-apa yang dah terjadi pada hari sabtu lepas. waktu itu, aku ke melaka untuk menghadiri ceramah yang dianjurkan oleh global medic network. ayah hanya hantar aku di kings hotel dan pastu ayah lepak kat kedai buku, dalam jaya jusco di ayer keroh. itu hobi ayah. suka membaca. dari ayah la aku mewarisi hobi itu.
okay, berbalik pada cerita tadi. aku tak keseorangan sebab aku ditemani sha, bedmate sejatiku ketika di ssp. ahli keluarga dia pun lepas tu lesap ke tempat lain. jadi, hanya kami berdua sahaja.
aku taknak cerita tentang ceramah tu. banyak sangat~
dalam pukul 12.30 dan ke atas, kami ingin pulang. tapi kebetulan keluarga kami berdua berada di jaya jusco ayer keroh. jadi, aku buat keputusan agar kami berjalan kaki sahaja menuju ke sana sebab taknak menyusahkan mereka untuk menjemput kami. alang-alang dah dekat, baik jalan aje. fuhh. macam orang vietnam pun ada. mana tak nya, 2 orang anak dara berjalan kaki dari kings hotel ke jaya jusco melalui bahu jalan raya. alhamdulillah kami selamat sepanjang perjalanan. ada la beberapa kenderaan yang membunyikan hon. syukur tak diculik :P
lepas naik jejantas bagai, kami pun sampai dan kami berpisah setibanya di sana. *mungkin akan berjumpa kembali ketika ambil keputusan spm di ssp*. kemudian, destinasi aku ialah kedai buku popular. ayah dari tadi kat dalam tu. memilih-milih buku. aku cemburu. mana boleh ayah sorang je beli buku. jadi, aku pun usha buku yang menarik. ayah tak kisah kalau tiba-tiba je aku datang ke arahnya dengan tanganku dipenuhi buku-buku cerita. hehe.
lebih kurang 20 minit kemudian, buku dibayar dan kami terus ke medan selera. dalam perjalanan, aku singgah di beberapa buah kedai telefon dan melihat-lihat telefon bimbit yang terkini. aku ada menyampaikan hasratku kepada ibu dan ayah untuk memiliki yang baru memandangkan yang lama kini berada di hospital untuk dibaiki setelah cedera parah melakukan aksi lompat bergalah. ketika melihat-lihat, ada 2 buah telefon yang memikat hatiku ; nokia x6 dan sony ericcson aino. namun begitu, angan-angan ku mati dan terkubur kerana ayah berasa amat lapar lalu dengan segera kami meninggalkan kedai telefon itu. aku pasrah.
di medan selera, aku makan nasi ayam dengan perasaan yang agak hambar. walaupun tadi aku ada membeli novel 'a walk to remember', buku yang dah lapuk ditelan waktu tapi aku teringin nak baca. aku memandang ayah yang makan dengan berselera dan aku nekad habiskan nasi tu padahal diriku sememangnya dalam kemurungan. saat ini, ego ku semakin menebal. aku mahu mogok dan malas melayan manusia di sekeliling ku melainkan melayari internet dan menghabiskan novel. setelah selesai makan dan minum, kami membeli barang2 dapur dan selepas itu, selamat tinggal jusco~
dalam kereta, aku bermuram durja. aku teringat bahawa hari ini MPH mengadakan jualan murah! tapi hasrat untuk memborong buku yang murah-murah belaka di situ tak kesampaian. aku hampa. ayah ada memberitahu, di MITC, ada ekspo buku dan bertanya kepada aku, sama ada mahu pergi atau tidak. namun, dengan ego ku yang tebal ini, aku berkata "taknak" dan ayah memandu terus ke rumah. aku kecewa dan hiba.
setibanya di rumah, segala-galanya berubah. ego yang tinggi menguasai diri. aku menjadi pendiam. makan tidak lagi tepat pada waktunya. *kesian perutku*. selera menaip semakin bertambah. hamster-hamster ku mula disisihkan. *yang menentang hubunganku dengan mereka, kau boleh tersenyum puas sekarang*.
kini, aku banyak menghabiskan masa di hadapan laptop. dengan lebih jelas lagi, aku terperuk dalam bilik. keluar bila perlu sahaja. aku menyesal. kenapa aku biarkan ego menguasai diri? aku menyesal tak dapat pergi MPH dan ekspo buku tu. lagi-lagi tarikh berlangsung nya jualan tersebut sudah tamat beberapa hari yang lalu. aku menyesal hingga ke hari ini.
wahai penyesalan dan ego yang tinggi,
pergilah engkau dari diri ini.
engkau tak diperlukan buat masa ini.
shuh shuh.
please go away.
sampai sahaja di sini. maaf lah kepada yang mengharapkan post yang menarik.
post kali ini hambar sekali. itu lah realiti yang aku hadapi.
the end.
wassalam.
No comments:
Post a Comment