Sunday, February 6, 2011

and again?

assalamualaikum.

before the sun shines again,
before the moon goes to sleep,
before everybody wakes up in the morning,
and before my eyes shut,

just wanna say that,
THE SPECIAL EPISODE OF ZETTAI KARESHI IS EVEN SAD-ER THAN THE PREVIOUS EPISODES!
and..
I CRIED AGAAAAAAAAAAAAAAAAAAAIN ;''(

huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa T.T
sangat menyentuh hati dan perasaan.
sedih. sangat. serious. aku tak tipu.

"why i am a robot?" he said.
Y_Y

sobsobsob.
layan cerita yang menjentik kalbu pada pagi-pagi buta.

.....

oh ya.
alhamdulillah syukur pada Allah.
kaki mechu tak patah.
just bengkak & lebam.
he would be fine,
after sapu minyak gamat kat kaki tu :)

i miss you, akmal.

assalamualaikum

wuuuu wuuuu rindu kat akmal wuuu wuuu :'( serious. my only nephew dah besar. dah teruna mungkin? hoho. tu tipu la kan. baru 1 tahun 8 bulan hidup atas muke bumi ni. rindu kat akmal wuu wuuu. pagi tadi tak sempat nak tata dia. time tu aku tengah tido. mau taknye, pagi-pagi lagi along dah start engine kereta, nak balik kl. sebab pukul 10.30 ade appointment dengan dokter kat pusrawi. risau tak sempat sampai on time.

malam semalam, beriya akmal main dengan hamster aku. nak tau apa jadi? mula-mula, dia nak ambik mochi dari tangan aku. tapi aku tak kasi. dia nak jugak! okay fine aku bagi. pastu, mochi itu dipicit nyiiiiiiiiiiiiiiiiit! then terjatuh & terlentang tikus tu atas carpet. whoaaaa. menjerit lah aku. saje nak bikin havoc. akmal ingat, aku marah dia. terus dia senyap. then makcik aku peluk dia, "takde pape lah akmal." kendian, akak aku kate, "awa, bagi jela akmal pegang hamster tu. dia pegang okay je la. tadi tu awa yang kecoh. tu yang dia pun terpicit hamster." =.=
ha yelahh. aku pun ambik sekor lagi ; mechu. muahahahaha yang ni kalau terpicit lebih pun aku macam tak kesah sangat. bukan aku kejam or tak sayang dia tapi aku rase macam selamat lah sikit kalau akmal pegang dia. hoho. pastu, aku bagi la kat akmal. elok je dia pegang. next, bila hamster tu dah stabilized, cepat-cepat dia keluarkan makanan yang ade kat pipi dia. banyak gila whoa! cousins aku semua macam tercengang terkesima blur bagai. akmal lagiiiiiiiiiiii la pelik. otak dia macam tengah pikir, "apesal kau muntah wahai tikus jadian? is it because of the rotation i did on your head?" =.= aku taktau nak explain macam mane tang tu. kendian dia ambik mechu & throw it to my aunt. semua orang yang ade kat situ macam HAAAAAAAAAAAAAAAA? aku lak triple HAAAAAAAAAAAAAA? a feeling of guilt strikes akmal. everybody seems to blame him on what happened to mechu. poor him. i can see those puppy eyes blinking 8| her mummy then hugs and comforts akmal. aku pulak yang sedih tiba-tiba :'( i'm sorry akmal. youre innocent.

next, at night, dia ketuk pintu bilik aku & masuk. nak tau taaaaak? aku dengar macam dia panggil uuuuuuuuuuuuucuuuuuuuuuuuu :0 hehe. time tu aku tengah tengok cerita zettai kareshi sambil makan cappucinno cheese cake. demi akmal, aku pause kejap & suap a piece of cake to him. omel je akmal <3 tuptuptup, cake pun dah habis. tapi akmal nak lagi! then he takes the spoon & search for serpihan kek yang tinggal. pity him again. takpelah akmal, next time, insyaAllah ucu belikan akmal cake ye? :)

haih. even though only 3days 2nights i spent my time with akmal, it seems like just few hours we are together. hugging a small kid like him is a blessing. akmal, ucu rindu akmal. ucu nak peluk akmal. ucu nak main dengan akmal. ucu nak kejar akmal. ucu nak suap akmal kek. sobsob.

haiyohh. ape rasenya kalau akmal tu adik aku? haha. maybe akan dibuli lagi kot? but, he is my nephew :'| woooooooohoooooooooooo just chill :) having a little brother might be like having hamsters i think? kehkehkeh :p

wassalam.

Saturday, February 5, 2011

the unknown feeling is back?

assalamualaikum

hoh. what a day. masa tengok the last episode of zettai kareshi, i cried Y_Y
seriously! this is the FIRST time aku menumpahkan air mata time tengok drama jepun. dude, cite pasal robot je pun. aku selalunye ikat hati aku ketat-ketat supaye salah satu perasaan, yakni kesedihan-yang-membawa-tangisan tu, tak wujud langsung. aku memang TAKKAN biarkan button sedih-sampai-menangis-berjurai-jurai is switched on. NEVER. tapi this time, haih =.='' aku tak dapat nak tahan benteng air mata tuh. serious weh! serious weh! aku yang hati batu dalam bab-bab ni mengalirkan air mata. aku bukannye macam mereka-mereka yang "wuuuu.wuuuu.isk.isk.isk.sedihhh dooo cerita ni.sobsobsobsob.nak tisu lagi.dah habis haa 3 kotak."
ya Allah, air mata wanita yang disalahtumpahkan. kenape salah? sebab tertumpah hanye kerana cerita yang direka. dan membabitkan duiniawi. erk. bagi aku la.sememangnye aku sendiri tak percaya. aku tak percaya. aku tak percayaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa ;O
sedih sangat ke cerita ni? ya. terima kasih tuan director. sedih siut cerita ni. sampai aku pun boleh terlebih feel? hahaha klakar klakar ._.
last air mata aku terkeluar mase layan cerita pon mase tengok cerekarama melayu kat tv3. time tu form 3 kot? ntah tak ingat. tengok ramai-ramai dalam rec-room. perghh. layan seh. cerita tu pasal keibuan. but, mase tu, air mata macam nak taknak je keluar. setitik je kot aku rase. haha.
tapi, ni? dude. zettai kareshi wehhhhhhhhhhhhhhhhhhh! cerita jepun tuuuu! waaaaaaaaaaaaaah aku tak caye. aku tak cayeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee! >:|
bapak touching dohhhhhh >:0 berjurai-jurai air mata aku keluar you know. beriya aku nanges. kalah cerita hindustan. wuuuu wuuuuu ;( seblom ni, tak penah ade cerita yang boleh buat aku kembali ke karakter asal seorang wanita iaitu toching gila nak mampuih mase tengok drama sedih. rase sedih tu memang la ade. ikat hati ketat-ketat pun still ade gak. natural rasenye tu. tapi ni? peeeergh.
-----
ceh. aku bagitau nih, macam la gempak sangat, ye dak? tapi bagi aku, gempaaaaaaaaaaaaak wehhhhhhhh :O terasa macam aku yang kehilangan :|
awwwwww tersiat-siat hati. bagai ditusuk sembilu. kehkehkeh.
but, kalau ade kesempatan nak tengok lagi sekali, mungkin aku nangis pada kadar yang same kot? ntah laa. aku rase, cerita ni memang sedih. pelik ke kalau aku nangis nih? tapi yang peliknye, apesal aku nak feeling over the board ni? sebab aku tengok sorang ke? or sebab tutorial aku tak siap lagi ke? or sebab lusa nak balik UM ke? or sebab button tu switched on? or takdir yang menentukan aku confirm gila akan nangis? hahahahahhaa
aku sendiri taktau yang mane satu :|
haih. udah-udah la tu waa.
dah la message tak berbalas. eh? haha ape ni? ntah. aku pun taktau.
........
^_^Y

Friday, February 4, 2011

sepetang.

assalamualaikum

hoyeahhhhhhhhhhh! welcome home cousins & nephew :) oh tadi, best woo tengok diorang mandi dalam pool buatan. terasa macam nak join skali je wehh. but, pool tu kecik je pun =.=
aku sampai naik bosan tengok diorang have fun sesama sendiri.
then? here comes the ideaaaaa >:P
aku carik paip getah and sembur kat diorang macam tentera jepun tembak mangsa2 nye :)
memandangkan diorang mandi kat bawah porch yg ade kipas, heh, wassalam lah korang.
aku bukak kipas to the maximum speed. biaq pi diorang jadi beku. kehkehkeh.
oh, tak cukup lagi? aku pegi dapur, carik belon. ingatkan nak buat belon air. tapi, sayang sekali. belon takdek :| hambar kosai. takpe takpe. nasib baik plastik ade. huh. kalau ade water colour lagi best. tapi, takde jugak. air paip pun jadi laa. dah siap tu, here you go >:)
hiiyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaah KEBABOOM! *splash! splash!*
yeeeeeehaaaaaaaaaaaa rasekan! MUAHAHAHAHAH padan muke korang ^^Y
baru hilang rase bosan tu :)
tapi, rase macam tak evil sangat kan? aku dah takde idea. takkan nak gi letak wire yg ade current flowing kat dalam pool tu kot? biar menggelupur skit. but,mati karang =.=''
hoaaaaaaaaaaah. mase tengah tengok zettai kareshi, tiba-tiba rase macam nak makan cake. heh. tak boleh jadi, drive gi secret recipe. 10 slice skali gus aku beli. gempak tak? gempak tak? hoho. it's cake evening. hait!
dats all. babai~

Thursday, February 3, 2011

the increment of my blood pressure?

assalamualaikum.

huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaargh! i was thinking to throw some shit to that person! Y.Y
hey dude, did you know what i felt? i bet you dont even know and dont wanna know a little pon. muahahahaha you such a dork you slender thing. okay fine. i know youre much taller and slender than me dont you? and obviously youre much cleverer and brilliant than me either. then what's up with that you half-blind? muahahahahahaa it seems i cant hold my anger long enough and think to climb onto you and do some steps of muay thai. haiyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaak! ._.

whatdehek aku menggaban ni? ya Allah :|

haha. relax ah brother. you cant even find my blog ni ha. benda sampah macam ni tak usah dibaca oleh orang yang kenamaan seperti anda. oopsie. silap. seharusnya pandang sebelah mata pon tak layak.

okay. aku tengah marah ni. tengah marah. tengah marah.
Astaghfirullahal'azim :|
"cancel cancel cancel go away, gone!" kalau lah boleh aku bersemuka dengan engkau, dah lame aku baling fire-extinguisher directly kat muka kau yang suci tu.

eh aku ni kawan dia ke ha? eh tak tak tak. kenalan je pun.
so whatdehek aku mesti ambil kesah pasal dia? huaahahahahaa rase nak lempang itu manusia sampai terkehel tengkuk leher dia.

"ish wawa. kot ye pun kau marah sangat, jangan lah sampai cerita kat blog. tak baik.." said the other side of me.
haha. korang bukannye tahu aku marah kat sape pun kan? same ade dekat kucing ke, teddy bear ke, buah cempedak ke, hamster aku ke. kehkehkeh >:p

tutorials aku tak siap lagi. dan tiba-tiba ade makhluk dah buat aku sentap.
dude, aku bukan robot okay? aku bukan Night. muaahahaha dah masuk dah cerita zettai kareshi kat sini. ehem. pape je lah kan.
tapi persoalannye di sini, WHY DO YOUR EXISTENCE FILL UP MY LIFE?
rimasss oh lemassss oh rimasss oh lemassss. everywhere i go, comfirm kau ade.
everytime i sleep, kau pun ade jugak? huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaargh :|
everytime you come near, my reflex action do its job which is my feet suddenly eager to run here and there which means i run away from you automatically.
hey hey. lu sapa? nak apa? erk. jap. maybe aku ade hutang kau kot?
ha'ah laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. aku lupe nak belanja kau pizza sempena kemenangan kau dalam mendapat cgpa lebih daripada aku.
taaaaaaaaaaaapi, kan aku dah mention before this, setiap kali kau datang nearer dekat aku, you make me sweat! so, how can we hang out togetha? oh wait. did i type WE?
muahahahaha thats impossible. no no no >:p WE? WE? WE? no waaaaaaaaaay man!
dah. penat aku ni ha. tutorial tak gerak-gerak pon dari tadi. baik aku layan zettai kareshi.
siap ah kau. aku taknak kawan dah dengan kau. wuuu >:p eheh. gediknye rase yaww.
shuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuh.
peace no war ^_^Y

Tuesday, January 11, 2011

hilangnya s kuasa tiga.

assalamualaikum
------------------------
tempat : atas awan.
waktu : suatu petang.
-------------------------
s^3 berdiri kat hujung utara.
aku berdiri kat hujung selatan.
kitorang berdiri atas awan yang rapuh.
aku pegang senapang.
dia pegang epal.
3. 2. 1.. !@#$%^&*(@#!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
poof!
semua hilang.
bagaikan mimpi.
dia pergi.
kepala berlubang.
aku pergi.
dendam pun hilang.
>:
)

Saturday, December 25, 2010

weeeeeeeeeeeeeee~

assalamualaikum

yay! finally i'm home :D away from pasum for a while. no tutorials. no books. just for 3 days & 2 nights <3
oh ya, tadi aku gi usha komik dekat kedai fotoria. walaweyh! banyak komik komik baru you know? you dont know, i know that. huahuahua (this is so lame) tapi tadi, aku bawak spuloh hinggit jeeeee ;( bape komik yang aku dapat? satu jeeeeee ;( aaaaah takde! esok aku nak jugak pegi rembat bebanyak! tadi lepas kira kira pakai mesin kira kira, dalam rm30 wang saku aku akan tergadai. lantak ah. poket gua tengah penuh ni. elaun baru masok haghie tuuu. kehkehkeh.
weekend = lupekan tutorial sebentar. begitu kah? bagi aku, ya! pastu kendian, mule ahh gelabah cuak neves takut kebebeh bila pikiaq hari senin uh ade tutorial chem yang kene hantar. ha kan dah. hoho. sape ah yang buat teori sebegini rupa? haktuih kau. berani kau meracuni hotak aku ni dengan teori jamban kau ni? porrrah. no way man. aku teguh dengan pendirianku. bertungkus lumus siapkan tutorials sampai tak tido malam sampai mata jadi lebam sampai kepala berbalam balam sampai kepala bertampal tampal koyok dengan sapu minyak cap kapak campor balm. tapi sebelum uh, layan kartun jepon 2 3 4 jam pastu makan sampai buncit pastu baca komik pastu tido sampai matahari 90 darjah atas tengkorak kepala. kalau kira pakai jari ni ha, weekend aku ade 3 hari je. start dengan lepas maghrib hari jumaat, hari sabtu dengan ahad. kalau ikot jam, aku ade lebih kurang 12 jam ntok study, within that 3 days. dalam 12 jam tu, aku buat perkare yang aku buat sebelom aku study, yang aku dah mention kat atas ni. tolak tolak tolak, agak agak nye, bape jam yang tinggal ntok aku study waktu hujung minggu? hah. lu pikir ah sendiri. konklusinya, otak aku macam dah terngam dengan teori jamban mamat genius tu. tau ah result lu 4 flat en. huh.
takpa takpa. aku try untuk menjadi nerd seperti roommate aku. pagi petang siang malam lepas solat seblom solat lepas makan seblom makan lepas tido seblom tido staaaaaaaaaadi je memanjang. celik lelap mata,buku. makan telan kunyah, buku. kalau weekend aku ade 12 jam untuk study,dia, aku rase 36 jam. 3 kali ganda beb! huaaaaaaaa :0 wa respek sama lu roommate.
lapar. aku rasa lapar skarang. aku ni gi makan skarang. aku................. aku............... aku............... haih. susahnye nak luahkan perasaan yang terpendam ni.kehkehkeh
okeh la. chiaaao!

Friday, December 24, 2010

huwaaaaaaaaargh

assalamualaikum

huwaaaaaaaaaaaaargh :'O dah pukul 3.20 pagi waktu Malaysia. hari ni hari jumaat. aku tak tido tido lagi ni. heh. mata dah ngantok gila tapi tak dapat nak lelap. sebab? ohoy >> keje tak siap lagi =.= rase nak letak je lidi kat mata ni, biar buntang je manjang. physics and biology. gandingan yang ideal. memang versatail ah study menda alah ni pepagi buta. time baca fizik, masuk sekali bio. time bace bio, ingat formula fizik. pehh. kol 8 sat gi ade lecture dengan pn. roha. orang kate, dia ngajo math, sangat lah best. aku tak tau lagi as esok 1st class dengan dia. kite tengok ah nanti, same ade dia mampu tak hiburkan mata aku ni.kalau tak, memang membatu la aku esok pagi. pastu lak ade 3 kelas tutorial. tang ni aku tak kesah sangat sebab tutor hensem hensem belaka, kalah s cube aku. kehkehkeh :p

just kidding. tutor algebra dengan tutor bio 4 pon aku taktau sapa. tak penah jumpe ._.
psst psst. nak tau tak? demo chem aku comell bai! hakhakhak :B muke innocent tahap baik alim sopan ah. sejuk mata memandang. otak dia, peeeeeeeeergh. memang pure chemistry ah. superb beb! asal sebut pasal chem je, potpetpotpet ion itu, nucleophile ini, reaction nun, product ni. awesome gila wa cakap lu :0 so, what's the main point? hikhik. saje nak kecoh kecoh. demonstrator chem aku best. korang nye best ke? tak en? hoho. buat experiment pon sampai tujuh lapan kali aku repeat sebab tak menjadi. hilang lari sume focus aku. cation tu tercampor ngan cation ni. solution yang kene mix itu ngan ini aku main tuang je, selamba badak bajet makmal tu apak aku yang beli bahan bahan kimia bagai. hikhik. last last, "wahai sahabatku yang ayu lagi molek, result kau ape?" kehkehkeh. hambik kau! buat experiment kalah einstein! tapi result berterabur. sampai taktau nak pilih yang mane =.=

tapi aku takde ah tiru bulat bulat. pandai pandai ah bajet. kot ye pon dah terdesak gile baboon en, alter ah mane yang patot, tengok relevan ke tak, common sense lah. paling senang, pi kat abang yang kacak bergaya tu & tanye, "encik, untuk reaction ni, product dia sekian sekian sekian kan?" hah kau. straight forward. memandangkan demo chem aku tu cool dan murah hati, dia pon bisik bisik kat aku jawapan nye. kehkeh. tipu je. haktuih kau nak main bisik bisik dengan demonstrator lelaki? sat gi ade gak yang luka berdarah dek dibalik filter paper kat kepala. chop. kejadah baling filter paper boleh berdarah kepala? harhar. hambar kosai doh! (syahin, take note) silap. filter funnel. heh. dia habaq mai gitu gitu ja. seperti ayat ini, "em.magnesium dengan silver ion" (sambil buat lirikan mata yang menggoda) =.= apahal aku ni? geli geli punye ayat. chett. dah dah dah. aku tau demonstrator aku tu hensem. tak perlu kot nak buat ayat macam fanatic gila =.- takde kaitan takde kaitan. astagfirullahal'azim.

nampak gayenya, sampai ke subuh laaa aku jadi mak guard hari nih. dengan mata persis panda. berlingkaran agak agak kelam di sekililing mata. hohoho.
waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa :0 dah pukol 3.50 pagi seyh! fuh fuh! roommate wa tengah beradu tu ha. jeles tengok :| takpe takpe. you go wa! hikhik.


merepek nye post aku ni -.- lantak ah. nak hilang kan ngantok. kehkeh. bukannye nak berzikir ke hape =.=
chiaaoww!

Sunday, December 12, 2010

untitled

Assalamualaikum,

fuuhh. habis dah berjogathon semalam. penat lah jugak en. even tho tak jauh macam cyber run kat skolah dulu, which is macam lari satu cyberjaya je :| tapi yang takleh blah nye, bukit dia tinggi gila kot, mengah mengah aku nak naik ha. badan berat, gravity kuat. obviously kurang stamina. ade lagi satu yg agak kurang & lain sikit kat sini, yakni lari ramai ramai dengan lelaki sekali, walaupon kitorang dilepaskan dulu, diorang laju je speed main potong kami the ladies yang lari denagan sopan dan gagah ni. terasa janggal lak. dulu sume pompuan je manjang. but, bende ni takde hal ah bagi aku, as aku assume diorang ni macam perempuan yang ade extra energy, stamina & free hair. kehkehkeh.
oh ya, hamster mid-valley-mari aku ni dah makin gemuk weyh! dah makin membulat :O omel omel je sume :) mechu and mochi. mechu male, mochi female. aku ade perasan some changes kat mochi ; badan dia menunjukkan dia ni prgenant! wahahahaha
suke hati aku je nak main predict benda yang bukan bukan. macam lah aku ni vet :p

semalam, lepas berjogathon, nasy ajak kluar, gi beli barang & teman dia shopping. aku takde hal lah en sebab hari sabtu. tapi, pemergian aku ke mid telah mengurangkan sikit duit kat dalam bank :| ni gara gara singgah speedy la ni. mane taknye, aku gi beli compilation of cite kartun jepun ape ntaah yg memang best ah nak tengok. (yakin je best) harga takyah cite ah. nanti ade je orang tu membebel tak sudah sebab aku beli cerita yang boleh di download :p aku dah carik crite ni kat internet tapi tak jumpe pon :( so, shortcutnye, aku beli je ah dvd ni. pantas cepat & puas hati aku. muahahaha :D

blablabla. malas nak lanjutkan cerita. so, ~

Monday, November 29, 2010

wewewewe :p

assalamualaikum.

huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahoy! tiba tiba aku teringat satu kisah yg memang tak tau nak describe amenda melainkan pipi aku tiba tiba je panas dan hangat mase kejadian ntah pape tu. cuba bayangkan. masa tu, adela dalam pukul 9 lebih nak ke pukul 10 pagi. tengah jalan dengan member, nak pegi dengar taklimat kat dku. pastu, tengah dok syok happy happy dengan spirit yg terlebih membara nak dapat ilmu dicampor dengan gelak ketawa yg tak tau pasal ape, tiba tiba aku terasa ada satu aura membunuh drpd seseorang. cepat cepat aku pandang depan.


tau aku nampak sape? 


straight nuuun jauh 7 meter kat depan aku tu, ade seorang hamba Allah ni, dengan kengkawan dia yg lain tengah jalan nak balik bilik/kafe. ntah, aku pon tak tau diorang nak gi mane. depa dah habis class. ape aku kesah en. tapi yg pasti, dia jalan memang direct hala ke aku. makin lama aura dia makin menebal. cuak tak cuak :| pastu en, aku terus pegang tangan member seblah kanan aku,sha, & bila agak agak hampir nak tertembung dengan dia tu, aku tarik sha cepat cepat & jalan laju yg mungkin, menghala 50 darjah ke timur laut. terseparate dengan member aku lagi sorang tu, fari, sbb dia pergi jalan ke seblah kiri. at the same time, memang aku rase ade aura yg menakutkan tahap aku pun jadi takut. name je takut, tapi muke blushing :| apahal weyh? apahal weyh? :O memang segan la en. tak payah nak agak lagi aah. aku expect, bila selisih dengan dia, aku boleh aa tegur selamba macam biasa. tapi, mase tu, perghh. hanya Allah yg tau feeling aku macam mane. berbaur baur haa. aku harap, dia tak speculate yg bukan bukan. 


jangan perasan or jangan marah. chill ye bro? :)